wapnews.mobi

MyMetro

MyMetro | Setempat

‘Sini lubuk rezeki kami’

KUALA LUMPUR: “Sekarang saya hidup selesa berbanding ketika mula-mula menjejak kaki di Malaysia. Jalan Tar ini sudah menjadi lubuk rezeki saya dan rakan-rakan. [+]

Pasangan kekasih maut angkara pemandu laju

KUALA LUMPUR: Gara-gara sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, sepasang kekasih yang menaiki sebuah kereta lain di laluan itu maut akibat dirempuh kereta berkenaan, malam kelmarin. [+]

Nyaris maut terkena palang tol

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila terjatuh selepas terkena palang di laluan tol kereta ketika nekad meloloskan diri dari sekatan polis berhampiran Plaza Tol Batu 3, di Lebuhraya Persekutuan, di sini, semalam. [+]

‘Kami anggap kes culik Nayati selesai’

KUALA LUMPUR: Kes penculikan Nayati Shamelin Moodliar, 12, dianggap selesai dan suspek yang terbabit kes penculikan itu bakal berdepan hukuman setimpal. [+]

Rumah baru isteri setia

GERIK: Selepas sekian lama mendiami rumah buruk bersama anak lelakinya yang cacat, seorang wanita warga emas yang mendapat jolokan ‘isteri bau syurga’ akhirnya bakal menerima rumah baru menjelang Ramadan ini. [+]

Putrajaya bebas kes direnjat elektrik

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kes kemalangan elektrik membabitkan 28 kes maut dilaporkan sepanjang tahun lalu berdasarkan statistik dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga, kata Pengurus Besar Kanan Senggaraan Aset Bahagian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ho Peng Choong. [+]

Tendang lelaki cekik leher ibu

ARAU: Tindakan pantas seorang lelaki menendang penjenayah yang mencekik ibunya dalam cubaan samun di restoran miliknya di Kampung Padang Nyu, di sini, berjaya menyelamatkan wanita itu daripada disamun dan mengalami kecederaan serius. [+]

Wanita hamil dipaksa telan telur, jilat air kencing

SUNGAI SIPUT: “Mereka bukan saja menarik rambut saya, malah muka ditonyoh ke lantai selain dipaksa menjilat air kencing seorang daripada mereka,” kata seorang wanita mangsa rompakan, M Yugeswari, 22, selepas tiga penjenayah memecah masuk rumahnya, semalam. [+]

Ajal dihempap besi perancah

KUCHING: Seorang buruh binaan menemui ajal selepas dihempap besi perancah yang dipasang pada bangunan dalam pembinaan di Jalan Simpang Tiga, di sini, semalam. [+]

Nyaris patah gigi

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan lima nyaris patah gigi selepas tergigit serpihan besi bercampur dengan nasi goreng kampung dibeli sebagai hidangan makan malam daripada restoran di Tampoi di sini, kelmarin. [+]

‘Jodoh saya sudah tiba’

BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi. [+]

Yuna rugi RM5,000 kereta dipecah masuk

SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Yuna, 26, mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta Mitsubishi ASX miliknya dipecah masuk dalam kejadian di Subang Jaya, dekat sini, awal pagi semalam. [+]

Lelaki disyaki khalwat hayun parang elak ditahan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bagaikan dirasuk iblis apabila bertindak di luar batasan dengan menyerang sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang cuba menahannya atas kesalahan khalwat dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Tok Kaya, di sini, kelmarin. [+]

Terseliuh lepas diurut

PELABUHAN KLANG: Gara-gara bimbang dicekup pihak berkuasa, seorang lelaki sanggup menggadai nyawa apabila melompat keluar melalui tingkap sebuah rumah kedai dijadikan premis rumah urut haram yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks, di Jalan Kem, di sini, malam kelmarin. [+]

Melakar kerjaya

NEW YORK: Malaysia sedang menyediakan pembaharuan pendidikan peringkat nasional berdasarkan satu metodologi yang dipelopori di Amerika yang berjaya meningkatkan kejayaan pelajar melalui sistem sekolah dari peringkat awal zaman kanak-kanak sehingga tamat universiti. [+]

Cuepacs, MTUC kemuka 4 tuntutan badan berkanun

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak. [+]

Kualiti hidup lebih baik

PUTRAJAYA: Hampir 200,000 penduduk luar bandar di seluruh negara menerima bekalan elektrik dan air, malah sehingga April tahun ini sepanjang 2,212 kilometer (km) jalan siap dibina, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. [+]

Berbalah bawa rebah

KUALA LUMPUR: Sejarah kehancuran bangsa, negara dan keruntuhan tamadun lampau akibat perebutan kuasa seperti dipaparkan dalam buku Hikayat Tiga Negara sewajarnya dijadikan teladan supaya Malaysia tidak terjerumus ke kancah perebutan kuasa. [+]

‘SPR dah rujuk JPN’

PORT DICKSON: “Tindakan mempertikaikan kewujudan lebih 1,000 pemilih berusia lebih 100 tahun seperti mempersoalkan kemampuan rakyat negara ini untuk hidup melebihi tempoh berkenaan sedangkan memang ada pengundi berusia lebuh 100 tahun,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. [+]

Hakim tak khalwat

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa daripada tuduhan berkhalwat. [+]

Dapat izin batal permohonan Sri Wani

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam membenarkan permohonan bekas dekan membatalkan permohonan isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah bagi mendapatkan perintah injunksi menghalang madunya menyebarkan maklumat dirinya kepada media. [+]

Tiba-tiba rebah

JITRA: “Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma saya kagum dengannya kerana dia anak yang kuat agama dan tidak pernah meninggalkan solat. [+]

Minda: Usah perlekeh ajaran Islam

KETIKA Nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama di Gua Hira’, baginda kembali ke rumah dalam keadaan penuh keresahan dan kegelisahan sehingga ummul mukminin Khadijah Khuwailid cuba menenangkan perasaan Baginda lalu berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu dengan keadaan ini, kerana sesungguhnya kamu menghubungkan silaturahim, kamu tidak mementingkan diri sendiri, kamu memuliakan tetamu dan kamu banyak melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat, maka mustahil Allah menghinakan kamu dengan apa yang kamu alami pada hari ini.” [+]

‘Tak boleh jadi contoh’

MELAKA TENGAH: Pelajar yang terbabit dalam beberapa siri demonstrasi jalanan termasuk berkhemah di Dataran Merdeka, bulan lalu, bukan golongan berpendidikan yang boleh dicontohi, sebaliknya kumpulan muda yang gagal menterjemahkan ilmu diperoleh untuk kepentingan masyarakat. [+]

Tiga buruan Bersih ditangkap

KUALA LUMPUR: Seorang tukang kebun sekolah di Seremban, Negeri Sembilan dan dua penjawat awam antara individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit insiden kekecohan ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu. [+]

Pakaian RM8j dirampas

SUNGAI BULOH: Dua premis yang menjadi gudang simpanan pakaian jenama tiruan diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam. [+]

Tak kongkong

PETRA JAYA: Dakwaan kononnya pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di negara ini diberi layanan kejam dan hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi mengarut dan tidak benar. [+]

‘Macam anak kandung’

KOTA BHARU: “Walaupun kami berlainan agama dan bangsa, majikan melayan saya seperti anak kandungnya sendiri,” kata Lindar, 21, dari Bandung, Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia sebagai pembantu rumah sejak Disember tahun lalu. [+]

Guru ejen transformasi

KUALA LUMPUR: Warga pendidik perlu memastikan sekolah menjadi tempat untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh, sebagaimana dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. [+]

‘Tarzan’ gayut pada ampaian

MELAKA: Seorang lelaki warga Indonesia sanggup menggadai nyawa apabila bergayut ala Tarzan pada tali ampaian yang diikat di tingkap bilik tingkat empat sebuah pangsapuri bagi mengelak daripada dicekup Jabatan Imigresen negeri di Taman Cheng Ria, pagi semalam. [+]

<< Back

Feel free to report if the page is broken or not formatted properly. --> CLICK <--

Please send your feedback/suggestions to Wap Form or WapNews.mobi@gmail.com Thanks!!!

@2012 WapNews

^top